Kewajipan

Advertisements

Jom

Jom baca dan fahamkan.

*Pilihanraya umum ke 14 akan diadakan pada 09hb Mei 2018 akan datang.*

222 kerusi parlimen akan jadi rebutan pelbagai Parti.

Dari 222 kerusi itu, terdapat 149 kerusi majoriti Islam dengan pecahan % pengundi islam seperti berikut:-

128 kerusi dengan majoriti Islam lebih 70% .

10 kerusi dengan majoriti Islam 60 -70 %.

11 kerusi dengan majoriti Islam 50 – 60%.

*INI LAH YG TERSURAT*

Bila Pas umum untuk bertanding lebih 160 kerusi, apa yg tersirat disebalik pengumuman itu.

1. Pas mengajak umat islam bersatu supaya kita kuat dan digeruni.

2. Pas ingin beritahu rakyat bahawa islam berpeluang memerintah negara ini sendirian jika umat islam bersatu…. Sukar ke untuk umat islam bersatu di kertas undi…. Tidak kan..

3. Peluang untuk islam mempamerkan keadilan dan keindahan islam kpd semua kaum dan agama.

4. Mewariskan satu kepimpinan yg amanah dan takutkan Allah kepada generasi akan datang. Menjamin keutuhan aqidah generasi islam yg semakin longgar hari ini.

*INI LAH YG TERSIRAT*

*Pas tak mampu memerintah?*

Calon2 Pas yg diumumkan semalam terdapat dua orang saintis, berpuluh jurutera pelbagai bidang, berpuloh doktor perubatan, berpuloh pemegang ijazah pengajian islam dari pelbagai cabang ilmu islam. Yakinlah mereka mampu dan yakinlah mereka dilindungi dan dibantu Allah Subhanahu wata’ala.

Jom kita beristigfar dan bersatu untuk islam.

*Tok guru terang dlm situasi berikut :-*

1) Kalau Pas menang majoriti mudah, Pas tubuh kerajaan sendiri.

2) Kalau BN & PH x cukup kerusi nk tubuh kerajaan, perlukan sokongan Pas. Pas akan pilih gabungan mana yg tawar nak laksana Islam.

3) Kalau BN & PH sama2 nak laksana Islam, Pas akan ajak semua dok dlm kerajaan. Jadi kerajaan campuran tanpa pembangkang.

4) Kalau BN & PH x nak ikut kehendak Pas nak laksana Islam, BN & PH boleh bergabung utk buat kerajaan. Pas akan kekal pembangkang.

*BAGAIMANA KALAU BN & PH TERIMA SYARAT PAS?*

Kita selalu dengar, PAS jadi King Maker. Persoalan PAS akan tubuh kerajaan dengan siapa sudah dijawab oleh TGHH, iaitu dengan parti yang menerima syarat yang dikemukakan PAS iaitu menerima Islam.

Sebelum ini, ada soalan jika semua tak terima syarat PAS macam mana? TGHH jawab, PAS akan jadi pembangkang, biarlah PH dan BN bergabung, tak terima syarat PAS, PAS terus jadi pembangkang.

Menariknya hari ini, TGHH jawab soalan wartawan di Sarawak, jika semua parti (BN &PH) menerima syarat PAS, PAS nak pilih siapa? TGHH jawab, jika semua terima syarat PAS, kita boleh tubuh kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.

Tuan tuan sekali lagi, bagaimana kita lihat Presiden PAS mengajar kita bagaimana politik yang punya prinsip. Tidak terima ISLAM, PAS rela jadi pembangkang, salah satu terima ISLAM, PAS akan bersama dengannya, jika dua dua terima ISLAM, PAS akan bersama keduanya.

*Ini prinsip tuan tuan.*

Pembangkang atau Kerajaan Campuran atau Kerajaan Perpaduan semuanya tiada apa, asalkan ISLAM diterima dan ditegakkan. Teruskan kempen/dakwah kita. Menangkan parti Islam Se Malaysia PAS.

PERHATIAN:-

Jika majoriti orang Islam dan Melayu mengundi PAS, PAS mampu bentuk Kerajaan Teknokrat selaras dengan Islam. Tolong viralkan agar umat islam bersatu.